||mohd izuan md yusop||810303||27 rabiulakhir 1401||negeri sembilan||
i2u4n@hotmail.com i2u4n@yahoo.com YM:i2u4n Album
"Andai suatu hari nanti kamu kenal sungguh dengan pencipta kehidupan, pasti tiap detik kamu akan merindui saat sebuah kematian. Dan kita semua ini sebenarnya sedang berada dalam permulaan perjalanan sebuah akhiran."
|
|
|
 |
|
Tuesday, January 23, 2007
Hmm.. hari ni masuk office setelah cuti dari hari Jumaat sampai la semalam(Isnin). Jumaat lepas ke Alor Star. Saje follow untuk satu majlis kecil pertunangan Duan. Lebih kurang 8 jam. Yang bestnya tak terus ke Alor Star, tapi terus ke Bukit Kayu Hitam. Pastu baru la ke Hotel Sri Malaysia Alor Star. Sebelah je dengan Stadium Darul Aman. Maal Hijrah di Alor Star. heh. Bertunangnya hari Sabtu. Sebelum balik, ke Pasar Rabu dulu. Tak tau la apa yang best kat sini. Janji pegi. Nanti kalo orang tanya cakap je la dah pegi. haha. Tapi memang ramai orang la... 8 jam lagi... Yang muda nak cepat balik, sbb mlm tu Liverpool vs Chelsea. Tapi apakan daya, Kuasa veto mak ayah, pakcik makcik, sapa la nak lawan. Singgah R&R Sg Perak nak makan2. Pastu nak beli jambu kat R&R Tapah. Sampai Sunway lebih kurang pukul 10. Masa tu Liverpool 2 Chelsea 0. heh. Habis game pun Liverpool 2 Chelsea 0.
Pagi semalam, gi umah pakcik sebab nak htr dia n family ke LCCT. Nak gi Bali. First time gak sampai ke LCCT ni. Bila dah setel semuanya, balik dan bermulalah tugas jaga rumah pakcik di Putra Heights sampai hari Jumaat. heh. Sampai ke mlm layan DVD.
Posted at 03:17 pm by i2u4n
Permalink
Monday, January 01, 2007
Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Tahun Baru 2007
Aidiladha
Sambutan secara sederhana tapi menarik sebab semua orang balik kampung. Rumah Uwan meriah. Walaupun baliknya kali ini ada 'tujuan yang besar'. Sembahyang Aidiladha, korban (ayah ambik bahagian), semuanya berjalan dengan lancar. Dapat bahagian terus hantar kampung sebab malamnya nak buat tahlil. Malam tadi jugak bermulanya soalan yang belum pernah ditujukan kepada aku sebelum ni. Semuanya bermula sebab Duan(satu umur) dah bersuara untuk bertunang dalam masa terdekat ni. Setiap soalan hanya dibalas dengan senyuman buat masa ni. 
2007
Tepat jam 7.30 pagi, bertolak dari rumah. Bawa kereta akak. Kena standby hari ni. 9.45 sampai ofis. Pastu keluar gi minum dengan Rashidi walaupun dah makan nasi himpit kat rumah pagi tadi. Tengah hari malas nak keluar. Makan kek pisang(mak bekal). Dan sekarang semua tugas dah selesai, so kejap-kejap lagi boleh la kalo nak balik pun.. heh.
Ada azam baru? Sekadar berharap untuk dapat yang terbaik. Aku jugak kena pastikan benda ni. Bukan orang lain. Semoga diberkati Allah. Aku juga berharap sangat nilai kemanusiaan penduduk kat Malaysia ni bertambah maju selari dengan pembangunan, dan juga selari dengan kenaikan harga tol,minyak dll. heh. Takde lagi orang nak bunuh-bunuh, takde orang nak buang anak lagi, takde lagi kes mencuri, ragut, apatah lagi mat rempit yang dah semakin berani sekarang ni. Oooooooo ada problem pulak... oklah... Assalamualaikum.
Posted at 03:22 pm by i2u4n
Permalink
Thursday, November 16, 2006
Hidup adalah suatu perjalanan
Hidup adalah suatu perjalanan. Ada ketika manusia melalui lebuh raya yang luas. Leka dan lalai boleh menyebabkan kemalangan. Ada ketika manusia melalui jalan yang kecil dan berliku. Berhati-hati menyebabkan perjalanan selamat.
Takdir Allah boleh berlaku pada sesiapa. Baik dan buruk adalah takdir. Ia terkandung hikmah. Kebaikan dari Allah yang tidak diterima dengan rasa syukur boleh menjadi musibah. Keburukan yang diterima, mendorong seseorang bersyukur ia boleh membawa kepada rahmah. Musibah dari Allah selalunya membawa ujian.
Baca artikel penuh dekat website Utusan 161106 bahagian Agama
Posted at 09:04 am by i2u4n
Permalink
Wednesday, November 01, 2006
cafe - 311006
ada sorang akak ni (meja 1) Aku tak puas hati betul la kat polan bt polan ni. *&^%$ betul la. bla..bla..
aku (meja 2) Jangan la cakap macam tu kak... Sabar la...
ada sorang akak ni (meja 1) Ada aku jaga tepi kain ko?... Takde kan?...
aku (meja 2) diam je...
kesimpulannya: Jangan menyampuk cakap orang tua
Yang tua dihormati, yang muda dikasihi. Bagi la contoh elok-elok sikit. Sebab aku buat macam tu, ada 2 3 orang dari company lain, suara tu agak kuat sampai aku kat meja yang lain pun boleh dengar, aku kenal dia dan jgn la bagi malu orang perempuan
Posted at 08:43 am by i2u4n
Permalink
Monday, October 30, 2006
Cuti raya punya cerita...
Malam raya Takbir rumah ke rumah... ada 12 buah rumah je... ni la first time follow dari awal sampai abis.. heh. kalo tak tu main ngelat gak... 1 pagi selesai..
1 Syawal Selamat Hari Raya Aidilfitri Habis je sembahyang raya... buat pertama kalinya, tak balik umah uwan. Tapi terus ke Setiawangsa sbb uwan kat sana. Hatinya tak siapa yang tahu... tapi uwan bagitau nak balik hari Khamis.. around 5 p.m, balik Bahau sbb mlm tu ada kenduri pulak kat umah mak wok.
2 Syawal Ziarah kubur... pastu around 12 p.m balik kampung ngan mak nak tgk atuk. Atuk takde. Pulang semula ke Bahau. Akak lak pegi tgk uwan n sekaligus ambik Kak Na kat Sunway. Malam nye family sebelah ayah datang rumah. ***Alhamdulillah 1 hari***
3 Syawal 2 a.m, akak sampai n uwan ikut balik skali... heh. Pak Tih pun ajak datang umah dia belah tengah hari.Siap2 nak buat ala-ala open house utk hari Jumaat. ***Alhamdulillah 2 hari***
4 Syawal Hari Jumaat. Agak sibuk jugak la... Petang pukul 3 dah ada orang datang dah... sampai la ke senja.. mlm ada la 2, 3 kerat yang dtg... Pak Din pun sampai petang tu jugak... dia ajak jugak uwan balik kampung.. tp uwan kata esok(Sabtu).. ***Alhamdulillah 3 hari***
5 Syawal Hantar uwan balik menjejakkan kaki ke rumahnya... Hari ni baru la ramai yang balik walaupun ada yg tak dapat balik... suasana yang patutnya barlaku pada 1 hari raya... malamnya buat tahlil sikit... sekali dengan celebrate birthday Damia Amani... dan disusuli dengan persembahan bunga api ala2 KLCC... tah mana la diorang ni dpt stock.. ***Alhamdulillah 4 hari***
6 Syawal Pepagi lagi dah gerak ngan mak n ayah ke Putra Heights. Kena pegi ambik motor kat umah Pakcik Fuad. Pastu mak ayah balik dah... tengahari skit baru balik sunway... Petang berkumpul di UM, untuk open house umah Siddiq di Ampang. Siddiq yang keseorangan. Tak open sgt pun sbb yang dtg pun bebudak x-3rd yg mmg dah slalu jumpa.. haha ***Alhamdulillah 5 hari***
Syawal yang byk memberi pengajaran di sebalik kegembiraan...:) Yang baik diambil untuk pedoman di masa hadapan... yang buruk kita tinggalkan...
Posted at 10:52 am by i2u4n
Permalink
Thursday, October 12, 2006
kenapa ni? tiba2 je ni..........
Posted at 11:07 am by i2u4n
Permalink
Monday, October 02, 2006
Hari sabtu, 30 sept buka puasa kat umah pak din. Ingatkan ada satu family je yg sampai, tp pak din bagitau yg family abah n pak oncu pun ada skali. Pak din sendiri pun terkejut.. heh. cuma pak andak je yg tak dpt dtg. Semua pilih hari yang sama untuk gi umah pak din. semua pun call hari jumaat kecuali mak je yang call pagi sabtu.. Salah satu faktor yg kukuh kenapa semua pilih setiawangsa sebab uwan ada kat sana. Dalam tak sedar lebih kurang sebulan jugak la uwan kat setiawangsa. Pelik tapi Benar. heh. Tak sangka.. cemana dia boleh nak tinggalkan kebun belakang umah tu, ayam2, dan tinggal kat KL ngan pak din. Apa2 pun main calling2 je ngan mak. tolong tgk ayam2, pisang, petai... kenapa tak bahau? bahau dekat sangat ngan kampung.. mesti tak feel kalo nak membawa hati yang duka lara... satu yang tak best bila pak din kata uwan nak raya kat setiawangsa.. woo tak best ooo.. sgt2 tak best.. ada masa lagi... buat masa ni selagi uwan selesa ok la.. mintak2 dia nak balik la masa raya nanti...
Posted at 09:52 am by i2u4n
Permalink
Thursday, September 28, 2006
Dalam satu majlis berbuka, ada melayu ada cina... tapi kenapa macam dua2 sama je... dah 7.45 ni... mcm takde apa2 je.. makan gak lagi... tambah legi... memang takleh nak follow la dunia orang lain ni... keluar dulu...
tapi org melayu yg lain tu?... :(
Posted at 09:28 am by i2u4n
Permalink
Monday, September 25, 2006
Al-Qur'an: The Sacred Art of Revelation
Al-Qur'an: The Sacred Art of Revelation 08 Sep 2006 - 31 Dec 2006 Exhibition
Muzium Kesenian Islam
Semalam, pergi Muzium Kesenian Islam dengan mael. Agak lewat jugak sbb pagi semalam, hujan kat Sunway. 11.15 baru gerak dari rumah. Ambik mael n terus gi muzium. RM 12.00. Ada pengujian Azan kat sana n jugak ada tadarus tapi untuk yang berdaftar je la. Pameran memang pameran al-Quran dari awal sampai la zaman moden. tp lebih menarik kalo dia tunjuk jugak proses-proses nak menghasilkan sebuah al-Quran dari A-Z macam kat kilang percetakan al-Quran di Madinah. Lagi best. Tapi ada jugak yang mengkagumkan...
selain tu ada jugak tambah skit dengan pameran ilmuwan islam seperti yg disiarkan di tv3. kalo tak silap hari jumaat 7.30 malam. kalo dulu isnin 9.30 mlm ok lagi.. tp part 7.30 letih la...
ok la... jgn tak pergi ke MKIM or IIAM... selamat berbuka...
Posted at 06:18 pm by i2u4n
Permalink
Saturday, September 23, 2006
Seperti yang telah diumumkan mlm tadi, kita akan mula berpuasa pada hari Ahad dan dengan itu juga malam ni akan bermulalah solat sunat tarawikh.
Petang ni Efficient buat bowling event kat sunway pyramid. Pastu Toya lak ajak main Futsal kat sport planet. Sorry la aku datang lambat skit... bukan skit la kira byk jugak la
Selamat Berpuasa
Posted at 10:56 am by i2u4n
Permalink
|
|
|